16-17 Mei 2024 | Sarawak
Delegasi Majlis Penasihat Ekonomi Negeri (MPEN) Pahang yang diketuai oleh YBhg. Tan Sri Mohamed Nazir bin Tun Abdul Razak telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Sarawak pada 16 hingga 17 Mei 2024.
Lawatan dan mesyuarat penandaarasan ini memberi fokus kepada Pelan Induk Ekonomi Sarawak, pelaksanaan aktiviti pelancongan Sarawak, aktiviti kelestarian dan pembangunan digital Sarawak bagi tujuan pembangunan Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang di samping mendapatkan amalan terbaik lain yang diamalkan Negeri Sarawak.
Bagi mencapai tujuan penandaarasan, pihak MPEN telah mengadakan mesyuarat bersama pengurusan Sarawak Sovereign Wealth Future Fund, Dewan Perniagaan Sarawak. Lawatan MPEN seterusnya ke Jabatan Premier Sarawak yang turut melibatkan agensi EPU Sarawak, Sarawak Multimedia Authority dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Sarawak dan telah dipengerusikan oleh YBhg. Datu Muhammad Abdullah Zaidel, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan).
Input daripada lawatan akan digunakan bagi tujuan pelaksanaan pelan, pemantauan pelaksanaan pelan dan hal-hal lain bagi pembangunan Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang.