14 Jun 2024 | Dewan Tun Teja 1, UMPSA Gambang
Pihak sekretariat MPEN telah mengadakan sesi libaturus dan taklimat bersama agensi persekutuan, negeri dan anak syarikat negeri bagi mendapatkan maklumat dan maklumbalas pembangunan Pelan Pembangunan Ekonomi Negeri Pahang yang telah di adakan pada 14 Jun 2024 di UMPSA Gambang.
Sesi libat urus ini dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz bin Abdul Rahman, ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negeri (MPEN) Pahang yang melibatkan pihak secretariat, konsultan dan 10 agensi / jabatan dengan tujuan mendapatkan maklumat disamping mengkaji semula inisiatif sedia ada, dan membangunkan rangka sementara serta pelan kerja untuk pembangunan Pelan Induk Ekonomi Pahang.
Seramai 13 orang wakil agensi persekutuan, negeri dan anak syarikat negeri terlibat dengan sesi libat urus ini dan maklumbalas daripada sesi ini akan digunakan bagi sebagai input bagi tujuan pembangunan Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang.