21 Mei 2024 | UMPSA Pekan
Pelaksanaan Bengkel Strategik Penyediaan Input Bagi Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang
telah berlangsung di UMPSA Pekan pada 21 Mei 2024. Sesi ini bertujuan mendapatkan maklumbalas dan penetapkan pelan kerja daripada agensi persekutuan, agensi negeri dan anak syarikat negeri berkaitan Kerajaan Negeri Pahang berkenaan pembangunan Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang.
Sesi pembukaan bengkel telah disampaikan oleh YB. Dato’ Mohamad Nizar bin Dato’ Sri Mohamad Najib, ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negeri (MPEN) Pahang merangkap Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang dan sesi ucaptama telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Mohamed Nazir bin Tun Abdul Razak selaku Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negeri (MPEN) Pahang.
Kehadiran bengkel turut melibatkan pengurusan tertinggi agensi persekutuan, agensi negeri, anak syarikat negeri berkaitan Kerajaan Negeri Pahang serta wakil daripada Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah. Semoga penganjuran bengkel yang dilaksanakan oleh Sekretariat MPEN dapat membantu dan memacu ekonomi negeri dengan lebih baik dan berdaya saing bagi menjadikan Negeri Pahang sebagai negeri maju.