17 Julai 2024 | Pejabat Daerah Kecil Genting, Genting Permai Avenue
Pihak sekretariat MPEN telah mengadakan sesi perbincangan bersama Pahang Barat Plus bagi mendapatkan input dan maklumbalas pembangunan ekonomi di Pahang Barat Plus.
Sesi perbincangan ini dipengerusikan oleh Encik Aizzuddean, Ketua Bahagian Pahang Barat PLUS yang melibatkan pihak sekretariat MPEN, konsultan EY serta PEMANDU Associate. Agenda utama bagi perbincangan ini adalah untuk mendapatkan input mengenai perancangan semasa dan masa hadapan, mendapatkan key economic dan social data serta memahami sokongan yang diperlukan daripada Kerajaan Negeri dan Persekutuan.