Pihak sekretariat MPEN telah mengadakan sesi perbincangan bersama Pahang Corporation bagi mendapatkan input dan maklumbalas pembangunan ekonomi di Negeri Pahang.
Sesi perbincangan ini dipengerusikan oleh Encik Wan Shahrul bin Wan Abdul Wahab yang melibatkan pihak secretariat dan konsultan EY. Agenda utama bagi perbincangan ini adalah untuk mendapatkan input mengenai perancangan semasa dan masa hadapan, mendapatkan key economic dan social data serta memahami sokongan yang diperlukan daripada Kerajaan Negeri dan Persekutuan.