28 Ogos 2024 | Dewan Tun Fatimah, UMPSA Gambang
Telah berlangsung sesi libat urus Pelan Pembangunan Ekonomi Negeri Pahang melibatkan ketua jabatan dan wakil 11 pejabat daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) Negeri Pahang yang dianjurkan oleh Sekretariat Majlis Penasihat Ekonomi Negeri (MPEN) Pahang Jabatan Penyelidikan & Inovasi UMPSA di Dewan Tun Fatimah UMPSA Kampus Gambang pada 28 Ogos 2024.
Sesi ini telah dipengerusikan oleh Tan Sri Dato’ Sri Profesor Dr. Noorul Ainur binti Mohd. Nur, ahli MPEN Pahang dengan objektif untuk mendapatkan maklumbalas berkaitan pembangunan pelan ekonomi Pahang daripada pejabat daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Selain daripada itu sesi ini juga membincangkan isu dan sokongan yang diperlukan daripada agensi Persekutuan & Negeri bagi tujuan pembangunan Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang.
Turut hadir sama ke sesi ini adalah Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie bin Zainuddin, Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan wakil TNCPI, Encik Rosilavi bin Mat Jusoh, Pengurus Kanan Jabatan Penyelidikan & Inovasi UMPSA.