10 Disember 2024 | Pejabat Menteri Besar Pahang
Delegasi Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Pahang (MPEN) telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail.
Sesi kunjungan ini diketuai oleh Pengerusi MPEN iaitu YBhg. Tan Sri Mohamed Nazir bin Tun Abdul Razak. Turut hadir sama adalah YB. Dato’ Mohamad Nizar bin Dato’ Sri Mohamad Najib; Ahli MPEN, En Arif bin Ibrahim selaku Pengarah Eksekutif MPEN dan juga wakil daripada perunding Ernst & Young Consultant.
Sesi kunjungan hormat ini bertujuan bagi membentangkan draf laporan akhir kepada YAB Menteri Besar Pahang serta mendapatkan input daripada YAB Menteri Besar mengenai cadangan projek yang dinyatakan di dalam Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang.