11 Februari 2025 | BLOK B, WISMA SRI PAHANG
Pihak sekretariat MPEN telah mengadakan sesi mesyuarat penyelarasan bersama Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Pahang. Turut sama dalam sesi perbincangan tersebut adalah wakil daripada Pejabat Kewangan Negeri Pahang, Unit Korporat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Pejabat Setiausaha Kerajaan dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang diadakan di Bilik Mesyuarat Integriti, Wisma Sri Pahang.
Sesi mesyuarat ini dipengerusikan oleh YM Tengku Dato’ Nor Asmaliza Binti Ku Lah, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri. Sesi mesyuarat ini bertujuan untuk penyelarasan input Pelan Transformasi Ekonomi Negeri Pahang.