Skip to main content

21 Mei 2024 | UMPSA Pekan

Pelaksanaan Bengkel Strategik Penyediaan Input Bagi Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang

telah berlangsung di UMPSA Pekan  pada 21 Mei 2024. Sesi ini bertujuan mendapatkan maklumbalas dan penetapkan pelan kerja daripada agensi persekutuan, agensi negeri dan anak syarikat negeri berkaitan Kerajaan Negeri Pahang berkenaan pembangunan Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang.

Sesi pembukaan bengkel telah disampaikan oleh YB. Dato’ Mohamad Nizar bin Dato’ Sri Mohamad Najib, ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negeri (MPEN) Pahang merangkap Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang dan sesi ucaptama telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Mohamed Nazir bin Tun Abdul Razak selaku Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negeri (MPEN) Pahang.

Kehadiran bengkel turut melibatkan pengurusan tertinggi agensi persekutuan, agensi negeri, anak syarikat negeri berkaitan Kerajaan Negeri Pahang serta wakil daripada Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah.  Semoga penganjuran bengkel yang dilaksanakan oleh Sekretariat MPEN dapat membantu dan memacu ekonomi negeri dengan lebih baik dan berdaya saing bagi menjadikan Negeri Pahang sebagai negeri maju.

Close Menu

Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Pahang (MPEN)

Menggerakkan Ekonomi Pahang ke Hadapan

Universiti Malaysia Pahang
Al-Sultan Abdullah
26600 Pekan
Pahang, Malaysia

mpen@umpsa.edu.my