Suarakan Pandangan Anda
MPEN mengalu-alukan maklum balas dan cadangan daripada masyarakat. Sertai acara townhall dan bengkel untuk menyumbang kepada pembangunan negeri.
Maklumat Hubungan Sekretariat
Universiti Malaysia Pahang
Al-Sultan Abdullah
26600 Pekan
Pahang, Malaysia
Emel: mpen@umpsa.edu.my
Maklum Balas dan Cadangan
Sila isikan borang di bawah untuk memberi maklum balas dan cadangan anda kepada MPEN
Soalan Lazim (FAQs)
Apa itu MPEN?
MPEN adalah Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Pahang, sebuah badan penasihat yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Pahang untuk merangka dan melaksanakan Pelan Induk Ekonomi Negeri serta memberi nasihat strategik mengenai pembangunan ekonomi.
Apakah fungsi utama MPEN?
Fungsi utama MPEN termasuk memberi nasihat ekonomi, menggubal Pelan Induk Ekonomi Negeri, menyediakan nasihat strategik, menganalisis data ekonomi, menyediakan cadangan dasar, dan melaporkan perkembangan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan.
Apakah Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang?
Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang adalah dokumen perancangan lima tahun yang merangkumi strategi dan inisiatif untuk pembangunan ekonomi yang mampan di Pahang.
Siapakah yang menjadi ahli MPEN?
MPEN terdiri daripada ahli yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Pahang, termasuk pakar ekonomi, pemimpin industri, dan wakil dari sektor kerajaan dan swasta.
Bagaimana cara MPEN mempengaruhi pembangunan ekonomi negeri?
MPEN memberikan nasihat dan cadangan berdasarkan analisis dan kajian ekonomi yang komprehensif, yang membantu dalam perumusan dasar dan program pembangunan ekonomi negeri.
Bagaimana saya boleh memberikan maklum balas atau cadangan kepada MPEN?
Anda boleh memberikan maklum balas atau cadangan melalui borang maklum balas yang tersedia di laman web kami, atau menghadiri sesi townhall dan bengkel yang dianjurkan oleh MPEN.