2 – 6 September 2024 | UMPSA Kampus Gambang
Sesi makmal Pelan Pembangunan Ekonomi Negeri Pahang yang melibatkan agensi kerajaan dan pihak swasta telah dianjurkan oleh Sekretariat Majlis Penasihat Ekonomi Negeri (MPEN) Pahang Jabatan Penyelidikan & Inovasi (JPI) di UMPSA Kampus Gambang bermula 2 hingga 6 September 2024.
Sesi ini dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat terperinci senarai pendek projek di dalam tujuh sektor utama pembangunan ekonomi Negeri Pahang yang melibatkan pelbagai agensi persekutuan, agensi negeri, syarikat berkaitan negeri dan 40 syarikat swasta yang telah dikenalpasti.
Pendekatan makmal adalah berbentuk “facilitation” dan platform perbincangan bagi pemilik projek dan agensi negeri mengatasi halangan, mewujudkan dialog terbuka, penyelesaian masalah dan perancangan pelan tindakan bersesuaian yang jelas dan boleh dilaksanakan. Hasil daripada makmal adalah untuk membangunkan pelan kerja dan tindakan serta butiran projek (konsep projek, garis masa, pelaburan & isu yang timbul) yang akan dimasukkan di dalam Pelan Pembangunan Ekonomi Negeri Pahang.
Antara agensi dan syarikat yang terlibat adalah pihak Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK), Malaysian Investment Development Authority (MIDA), Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Pejabat Tanah dan Daerah yang berkaitan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkaitan, Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), PLANMalaysia Pahang, Pahang Corp, Kuantan Port Consortium, Gading Group, Tanah Makmur Berhad, Vacuumschmelze (M) Sdn Bhd, Asia Poly Hydro (Pahang) Sdn. Bhd dan lain-lain.