Skip to main content

Mengenai MPEN

Merangka Melaksanakan Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang.

MPEN ditubuhkan untuk menghimpunkan kepakaran ahli dari sektor swasta dan kerajaan negeri bagi membantu Pahang mencapai ekonomi yang mampan. Objektif utama MPEN adalah merangka dan melaksanakan Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang.

Pengenalan MPEN

Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pahang Ke14/2023 bertarikh 12 April 2023 telah mengambil keputusan berikut:

  • Bersetuju meluluskan cadangan penubuhan Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Pahang (MPEN) untuk tempoh dua (2) tahun.
  • Bersetuju keanggotaan MPEN seperti yang dicadangkan diteliti dan diputuskan oleh YAB Menteri Besar Pahang.
  • Bersetuju supaya Universiti Malaysia Pahang (yang kini dikenali sebagai Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah-UMPSA) dilantik sebagai Sekretariat MPEN untuk tempoh yang sama

Fungsi MPEN

Memperkasa Ekonomi Negeri

Nasihat Ekonomi

Memberi nasihat bebas, objektif, dan berasaskan bukti kepada Kerajaan Negeri Pahang mengenai hal ehwal ekonomi.

Pelan Induk

Menggubal Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang dalam tempoh setahun.

Nasihat Strategik

Memberi nasihat strategik tentang peluang pembangunan ekonomi, cabaran, dan pembangunan ekonomi baru.

Analisis Data

Mengkaji dan menilai data serta analisis ekonomi untuk pembangunan ekonomi negeri.

Cadangan Dasar

Menyediakan cadangan dasar dan program untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan menyokong penciptaan pekerjaan serta pelaburan berkualiti.

Pelaporan Berkala

Melaporkan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) secara berkala.

Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Pahang (MPEN)

Menyatukan Kepakaran, Memperkasa Ekonomi

Tan Sri Mohamed Nazir bin Tun Abdul Razak

Pengerusi MPEN - Pengerusi Zak Capital

Tan Sri Dato' Sri Dr. Abdul Aziz bin Abdul Rahman

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK)

Tan Sri Dato’ Sri Professor Dr. Noorul Ainur binti Mohd. Nur

Pengerusi Lembaga Pengelola University College of Yayasan Pahang (UCYP)

Tan Sri Dato' Krishnan Tan Boon Seng

Pengerusi Bukan Eksekutif IJM Corporation Bhd

YB Dato' Mohamad Nizar bin Dato' Sri Mohamad Najib

Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang

Dato' Ali Syahbana bin Sabaruddin

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Pejabat SUK Pahang

Encik Fraziali bin Ismail

Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia

Puan Low Ngai Yuen

Ketua Pegawai Perdagangan dan Pemasaran, AEON (M) Bhd

Sekretariat MPEN

Mohd Arif bin Ibrahim

Pengarah Eksekutif MPEN

Amirul bin Ahmad

Sekretariat MPEN

Dya Nabila binti Mali

Sekretariat MPEN

Nor Nadia binti Ros

Sekretariat MPEN

Struktur Organisasi MPEN

Tadbir Urus MPEN Pahang

Close Menu

Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Pahang (MPEN)

Menggerakkan Ekonomi Pahang ke Hadapan

Universiti Malaysia Pahang
Al-Sultan Abdullah
26600 Pekan
Pahang, Malaysia

mpen@umpsa.edu.my