24 hingga 27 Februari 2025 | Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah & SUK Pahang
Sekretariat Majlis Penasihat Ekonomi Negeri (MPEN) Pahang, Jabatan Penyelidikan & Inovasi telah mengadakan beberapa siri mesyuarat dan libaturus melibatkan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) / Exco Negeri Pahang bermula daripada 24 Februari hingga 27 Februari 2025 di Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah & SUK Pahang.
Mesyuarat ini adalah bagi membincangkan perkembangan pembangunan Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang dan mendapatkan maklumbalas penambahbaikan bagi pelan tersebut daripada setiap ahli Exco Negeri Pahang.
Perkembangan semasa pembangunan Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang adalah di dalam penyediaan laporan akhir yang melibatkan beberapa siri townhall, bengkel, libat urus di peringkat Kementerian, Negeri, Daerah, Agensi, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan pemain industri bermula daripada April 2024.
Kelulusan Laporan Akhir Pelan Induk Ekonomi Pahang dijangka untuk dibentangkan bagi tujuan kelulusan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) / Exco Negeri Pahang yang dilaksanakan pada akhir April 2025.
Antara ahli Exco Negeri Pahang yang terlibat adalah YB Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi bin Tan Sri Abd. Razak (Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang), YB Dato’ Ir. Razali bin Kassim (Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang), YB Dato’ Hajah Sabariah binti Saidan (Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang), YB Tuan Fadzli bin Mohamad Kamal (Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang), YB Tuan Sim Chon Siang (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Pahang) dan YB Puan Leong Yu Man (Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang). Sesi mesyuarat dan libaturus ini akan diteruskan kepada ahli Exco Negeri Pahang yang lain dan turut melibatkan YB Dato’ Sri Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.