Skip to main content

1 April 2024 | Kuala Lumpur

Mesyuarat Majlis Penasihat Ekonomi Negeri (MPEN) Pahang Bil.2/2024  telah berlangsung di Kuala Lumpur dan dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Mohamed Nazir bin Tun Abdul Razak.

Agenda mesyuarat adalah pembentangan gerak kerja dan pelaksanaan Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang serta pembentangan daripada wakil industri yang disampaikan oleh Tan Sri Tong Kooi Ong, Pengerusi Edge Group berkenaan cadangan pelan pendigitalan untuk pembangunan ekonomi negeri.

Kehadiran mesyuarat melibatkan YBhg. Tan Sri Krishnan Tan Boon Seng, Pengerusi IJM Corporation Bhd, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman, Presiden MUBARAK , YBhg. Tan Sri Profesor Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur, Pengerusi Lembaga Pengelola University College of Yayasan Pahang (UCYP), YB. Dato’ Mohamad Nizar bin Dato’ Sri Mohamad Najib, Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, YH Dato’ Ali Syahbana bin Sabaruddin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Encik Fraziali bin Ismail, Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia dan Puan Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Perdagangan dan Pemasaran, AEON Co. Malaysia Bhd

Wakil UMPSA yang hadir adalah Encik Mohd Arif Ibrahim, Pengarah Eksekutif MPEN, , Encik Amirul Ahmad, Encik Ahmad Fadly Ibrahim dan Cik Nor Nadia Ros.

Close Menu

Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Pahang (MPEN)

Menggerakkan Ekonomi Pahang ke Hadapan

Universiti Malaysia Pahang
Al-Sultan Abdullah
26600 Pekan
Pahang, Malaysia

mpen@umpsa.edu.my