24 JUN 2025 | Jade Hall, Geo Hotel & Resort, Genting Highland
Pihak Majlis Penasihat Ekonomi Negeri (MPEN) Pahang telah menganjurkan satu sesi pembentangan Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang 2025 – 2030 kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan Ahli Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang pada 24 Jun 2025 di Geo Hotel & Resort Genting.
PET30 adalah Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang yang dirangka khusus untuk tempoh 2025 hingga 2030, dengan objektif utama membentuk sebuah ekonomi negeri yang mampan, berdaya saing dan inklusif. Inisiatif ini menjadi kerangka hala tuju pembangunan ekonomi Pahang bagi lima tahun akan datang.
PET30 dirangka melalui proses libat urus bersama pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, sektor swasta dan academia dengan berasaskan tiga paksi utama iaitu kesejahteraan rakyat, bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi yang dipacu oleh sektor swasta. Komitmen rakyat Pahang amat penting dalam merealisasikan pelan ini secara menyeluruh.
PET30 bukan sekadar pelan, tetapi satu komitmen bersama untuk membina masa depan Pahang yang lebih makmur dan inklusif. Dengan berpaksikan 3 teras utama Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang, Pahang mampu melonjak sebagai antara negeri termaju di Malaysia menjelang 2030.