19 September 2024 | Kuala Lumpur
Pihak sekretariat MPEN telah mengadakan Bengkel Pembangunan Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang mengkhususkan kepada Industri Durian Pahang. Bengkel in diadakan bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai inisiatif strategik yang boleh diambil, peluang dan cabaran bagi menjadikan Raub sebagai pusat eksport durian utama di Malaysia.
Bengkel ini telah diadakan pada 19 September 2024 di Kuala Lumpur dan dipengerusikan oleh Puan Low Ngai Yuen, ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negeri (MPEN) Pahang. Sesi ini turut dihadiri oleh Dato’ Mohd Khuzaidi bin Harun Pegawai Daerah Raub, En Yazid Bin Yusob Timbalan Pengarah (Pembangunan) FAMA Pahang, Puan Nurulfaizah Binti Resely Ketua Penolong Pengarah Kanan (Bahagian Perancangan Strategik) Jabatan Pertanian Malaysia, agensi-agensi Kerajaan Negeri Pahang, Pejabat Daerah & Tanah serta wakil daripada syarikat industri durian di Pahang.
Maklumbalas daripada bengkel ini akan dimasukkan dan selarikan dengan rancangan dan laporan sedia ada bagi pembangunan Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang.