31 Julai 2024 | Secara dalam talian
Pihak Sekretariat MPEN dan Perunding mengadakan sesi libat urus bersama Ketua Pegawai Eksekutif Interim PTNP, En Zainal Abidin Othman pada 31 Julai 2024.
Sesi ini adalah untuk mendapatkan maklumat projek-projek pembangunan berkaitan yang diusahakan oleh Taman Negeri Pahang terkini yang dapat membantu melonjakkan perkembangan ekonomi Pahang.
Peranan PTNP adalah menguruskan pengoperasian dan pelaksanaan Taman Negeri & Taman Warisan yang terdiri daripada:
1. Taman Negeri Rompin
2. Taman Negeri Tasik Chini
3. Taman Negeri Bukit Fraser (Future Project)
4. Taman Negeri Pulau Sribuat (Future Project)
Taman Warisan:
- Lipis Geopark (52 areas)
Pihak PTNP juga telah mengalih urusan operasi dan pembangunan Rizab Diraja Harimau Al-Sultan Abdullah kepada Enggang Management Services, yang telah berjaya mengumpul 1 juta Euro dari UNESCO. Untuk membangunkan sebarang warisan dan taman negeri, PTNP perlu memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur dan komuniti. Pada masa sama PTNP juga telah meminta dan memperoleh dana dari organisasi persekutuan dan antarabangsa untuk tujuan pengoperasian Taman Negeri & Taman Warisan