11 Julai 2024 | Kuantan
Satu sesi libat urus di antara Pihak Sekretariat MPEN dan Perunding telah diadakan bersama PLAN Malaysia Negeri Pahang ( Jabatan Perancangan Bandar dan Desa).
Sesi ini adalah untuk mendapatkan maklumat projek-projek pembangunan terkini serta input mengenai perancangan semasa dan masa hadapan bagi kawasan bandar dan desa. Hasil daripada sesi ini, dapat memberi pemahaman lanjut kepada pihak sekretariat berkenaan peranan PLAN Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam menyediakan rancangan pemajuan di semua peringkat tempatan
Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Suraya binti Haji Dahlan, Timbalan Pengarah PLAN Malaysia Negeri Pahang dan turut dihadiri oleh pegawai daripada unit yang berkaitan.