30 Julai 2024 | Kuala Lumpur
Pihak Sekretariat MPEN dan Perunding mengadakan sesi libat urus bersama Ketua Pegawai Eksekutif Tanah Makmur, YH Dato Shahrul Nizam Abdul AzizDato’ Shahrul Nizam Abdul Aziz dan delegasi daripada ANFA Renewables Sdn Bhd.
Sesi ini adalah untuk mendapatkan maklumat projek-projek pembangunan terkini yang dapat membantu melonjakkan perkembangan ekonomi Pahang. Pelaksanaan sesi ini telah dibuat di Wisma Millenium Damansara Kuala Lumpur dan pihak MPEN akan mengadakan beberapa siri libat urus berkaitan dengan pelbagai syarikat dan industri yang akan dikenalpasti.