2 Ogos 2024 | Secara dalam talian
Sesi libaturus bersama Prof. Dato’ Ts. Ir. Dr. Haji Badhrulhisham Abdul Aziz, Fellow Perunding Utama Pusat Alam UMPSA bersama Sekretariat MPEN dan Perunding bagi mendapatkan maklumat, cabaran dan perancangan masa hadapan mineral logam di Pahang yang merupakan salah satu sektor fokus pembangunan ekonomi Pahang.
Berdasarkan perbincangan, mendedahkan bahawa Malaysia mempunyai sumber mineral bernilai RM4 trilion dan di mana 70 peratus mineral ini berada di negeri Pantai Timur. Mineral logam seperti nikel, mangan, tembaga, dan aluminium digunakan dalam pengeluaran bateri kenderaan elektrik (EV). Unsur nadir bumi pula digunakan dalam pembangunan magnet yang membentuk motor pendorong utama dalam EV.
Terdapat beberapa isu pelaksanaan bagi perlombongan mineral ini di Pahang, termasuk isu berkaitan politik, perundangan dan cabaran untuk mewujudkan ekosistem perlombongan mineral logam yang berdaya saing.
Input perbincangan akan digunakan bagi tujuan merangka Pelan Pembangunan Ekonomi Negeri Pahang yang akan disiapkan pada November 2024.