15 Julai 2024 & 24 Julai 2024 | Koridor Utiliti Negeri Pahang
Pihak sekretariat MPEN telah mengadakan sesi perbincangan bersama Pahang Go Sdn Bhd bagi mendapatkan input dan maklumbalas pembangunan digital di Negeri Pahang.
Sesi perbincangan ini dipengerusikan oleh Encik Affandi bin Mohd Isa yang melibatkan pihak secretariat dan konsultan EY. Agenda utama bagi perbincangan ini adalah untuk mendapatkan input mengenai perancangan semasa dan masa hadapan, mendapatkan key economic dan social data serta memahami sokongan yang diperlukan daripada Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
Selain itu juga, Pihak MPEN dan konsultan ingin memahami isu dan cabaran yang dihadapi, memahami potensi semasa dan masa hadapan Pahang Go dalam Pembangunan Digital Pahang.