23 Julai 2024 | Dalam Talian
Pihak sekretariat MPEN telah mengadakan sesi perbincangan bersama Pahang Skills Development Centre bagi mendapatkan input dan maklumbalas bagi institusi latihan dan pendidikan berasaskan kemahiran di Negeri Pahang.
Sesi perbincangan ini dipengerusikan oleh Encik Mohd Yusri, Pengarah Eksekutif Pahang Skills Development Centre yang melibatkan pihak secretariat dan konsultan EY. Agenda utama bagi perbincangan ini adalah untuk memahami cabaran yang dihadapi oleh Pahang Skills dalam penyediaan latihan kemahiran bagi pekerja industri. Disamping tu, pihak konsultan juga ingin memahami sokongan yang diperlukan daripada Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Selain itu juga, Pihak MPEN dan konsultan ingin memahami potensi semasa dan masa hadapan Pahang Skills Development Centre dalam menyediakan latihan Kemahiran bagi pekerja dalam sektor industri.