Pihak sekretariat MPEN telah mengadakan sesi perbincangan bersama Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser bagi mendapatkan input dan maklumbalas bagi pelancongan di Negeri Pahang.
Sesi perbincangan ini dipengerusikan oleh Encik Kamaruddin Ibrahim, Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser yang melibatkan pihak secretariat serta konsultan EY. Agenda utama bagi perbincangan ini adalah untuk mendapatkan input mengenai perancangan semasa dan masa hadapan, mendapatkan key economic dan social data serta memahami sokongan yang diperlukan daripada Kerajaan Negeri dan Persekutuan.