18 hingga 20 November 2024 | Kuantan
Beberapa sesi libat urus bagi enabling projects bagi Pelan Pembangunan Ekonomi Negeri Pahang yang melibatkan agensi kerajaan telah dianjurkan oleh Sekretariat Majlis Penasihat Ekonomi Negeri (MPEN) Pahang Jabatan Penyelidikan & Inovasi (JPI) di UMPSA Kampus Gambang dan Kuantan bermula pada 18 November hingga 20 Disember 2024.
Sesi ini dilaksanakan untuk untuk mengenalpasti maklumat bagi setiap enabling projects melibatkan lima Enablers yang terlibat iaitu Digital, Ease of Doing Business, Infrastructure, Sustainability dan Talent. Pendekatan sesi libaturus adalah berbentuk platform perbincangan bagi mencari penyelesaian masalah dan merancang pelan tindakan bersesuaian yang jelas dan boleh dilaksanakan pada masa hadapan.
Antara agensi persekutuan, negeri dan syarikat yang terlibat adalah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Kerajaan Negeri Pahang, Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK), Jabatan Perhutanan, Bahagian Teknologi Maklumat Kerajaan Pahang, Pahang Go , Pahang Water & Energy (PWE) dan lain-lain.