Skip to main content

3 Oktober 2025 | Dewan Tun Fatimah, UMPSA Gambang

Pihak sekretariat MPEN telah mengadakan sesi makmal projek khas bersama agensi kerajaan dan pihak swasta bagi mendapatkan input dan maklumbalas bagi inisiatif berimpak tinggi dan berskala besar yang dikenalpasti sebagai peluang baru yang boleh diterokai oleh Negeri Pahang selari dengan 7 sektor projek yang ditekankan didalam Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang.

Sesi perbincangan ini dipengerusikan oleh En Fraziali yang merupakan Penolong Gabenor, Bank Negara Malaysia yang juga merangkap Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Pahang. Sesi bengkel ini dihadiri oleh 39 peserta yang melibatkan daripada Agensi Kerajaan seperti Agensi Nuklear Malaysia, Nano Malaysia, MRANTI, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur, MOSTI,  Bahagian Perancang Ekonomi Negeri, Pahang Water Energy, Yayasan Pahang serta beberapa lagi agensi Kerajaan dan sektor swasta.

Agenda utama bagi perbincangan ini adalah untuk mendapatkan input mengenai cadangan projek berimpak tinggi dan berskala besar yang boleh dilaksanakan di Negeri Pahang. Pendekatan bagi makmal ini adalah berbentuk ‘facilitation’ dan platform perbincangan bagi pemilik projek dan agensi negeri mewujudkan dialog terbuka, penyelesaian masalah dan perancangan pelan Tindakan bersesuaian yang jelas dan boleh dilaksanakan.

Close Menu

Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Pahang (MPEN)

Menggerakkan Ekonomi Pahang ke Hadapan

Universiti Malaysia Pahang
Al-Sultan Abdullah
26600 Pekan
Pahang, Malaysia

mpen@umpsa.edu.my